The Vita Space The Vita Space: TIPS UMRAH : Apa yang perlu bawa?

Wednesday, 12 July 2017

TIPS UMRAH : Apa yang perlu bawa?



Lama Jura tak sambung post pasal umrah.

Biasa la dah tergendala semua benda kalau dah lama tak sambung.

Jura takkan cerita dari Day 1- Day 14 umrah ni tapi just bagi tips untuk korang yang blur lagi macam mana keadaan kat sana.

1) Al Quran 


Tak perlu bawak. Kat sana berlambak lambak Quran. Best sangat kat sana, tunggu azan boleh mengaji dulu. 

Kalau korang nak beli Quran untuk wakaf pastikan beli yang sama jenis dengan Quran kat Masjil Haram & Masjid Nabawi.

Kalau lain selalu diorang tak bagi letak situ. Kan dah membazir.


2) Botol air

Botol air pun tak perlu bawak. Kat sana sangat banyak tong air zam zam. Air zam zam kat sana bestttt sejuk. Tak puas minum segelas. Tapi kena tahan jugak sebab toilet agak jauh.

Tiap kali sebelum solat dan lepas solat mesti minum air zam zam ni. Lagi pun tengah musim panas sangat dahaga.

Air zam zam boleh isi dalam botol kalau nak bawak balik bilik. 



3) Sejadah

Jura sentiasa bawa sejadah dalam sling bag. Kalau kat masjid nabawi tak bawa pun takpe sebab ada karpet.

Tapi kalau datang lambat, bahagian karpet dah penuh. Kena solat atas tile je. Kalau Subuh, boleh tahan sejuk gak tu solat atas tile hihi.

Kalau kat masjidil haram pun sama tapi Jura lagi suka bawa je sejadah supaya kita tak tercari cari karpet untuk solat. 

Kat mana mana je boleh solat.

4) Uncang kasut & kasut selesa


Pastikan awak pakai kasut yang paling selesa. Tak kisah nak pakai sandle, atau sport shoes atau flat shoes.

Asalkan kasut selesa sebab sangat banyak berjalan sampai pecah tumit kaki husband Jura. Jura suka pakai sport shoes. Sebab selesa sangat nak jalan. Tak rasa sakit kaki pun.

Plus Jura bawak Ostematrix untuk kurangkan lenguh lenguh. Seriously tak lenguh pun walaupun kita sa'i 7 km, tawaf 7 kali pun esok tu tak rasa lenguh pun. 

Alhamdulillah

Uncang kasut ni selalunya travel agent bagi kalau takde pun boleh beli di kedai kelengkapan umrah.

Uncang kasut ni Jura letak kasut dalam pastu Jura bawa ke tempat solat. Supaya nanti nak keluar pintu mana pun senang. Tak perlu patah balik ke tempat kita letak kasut. 

Plus kasut dan selipar selalu hilang kat sana hihi. 



5) Ubat ubatan & supplement

Seriously Jura tak sangka semua ubat dan supplement Jura bawak tu habis! Siap kena topup kat sana.

Jura bawa
1) Bromhexine - ubat batuk cairkan kahak
2) Paracetamol - ubat demam & pening
3) Difflam - ubat sakit tekak
4) Loratadine - ubat selesema 
5) Losyen untuk dry skin
6) Lip balm untuk bibir kering
7) Hydrating moisturizer from Shaklee

Kat sana pun Jura kena beli untuk stock up. Sebab kesian makcik pakcik semua demam tapi takde ubat.

Kat sana ada farmasi tapi agak mahal la dan tak biasa dengan brand sana.

So Jura share la ubat ubat Jura. Memandangkan Jura dan Bang Jura pasangan pharmacist dan doktor haha.

Vit C Shaklee tu Jura siap bagi 2 biji seorang sebab nak bagi cepatkan baik demam.

Nasib baik Jura bawa Vit C, Vit E and Ostematrix.

ESP bawa tapi tak sempat bancuh.



6) Handphone

Handphone ni wajib la korang bawa tiap masa. Kat sana berjuta manusia, kalau korang tak jumpa boleh calling je.

Tapi kalau nak senang, korang just janji dengan suami/isteri atau family nak jumpa pintu mana.

Ada banyak pintu sana. So hafal nama pintu. Nanti kalau susah jumpa, pergi je kat pintu yang dah janji tu. 

Simcard Jura guna brand Zain. Kat airport ada kalau tak silap, depan Masjid Nabawi pun ada, dalam clock tower pun ada.

Jura beli simcard untuk internet je. Sebab kalau nak call boleh guna whatsapp call je. Internet sana lajuu.

7) Botol spray

Botol spray ni sangat penting bagi Jura!

Sebab sejenis manusia yang tak tahan kentut haha. Jura jenis kena ambik wudhu setiap kali solat.

So kalau nak iktikaf dalam masjid dari Zuhur ke Asar tu memang Jura surrenderrr. 

Nasih baik ada botol spray ni.

Tapi kena pandai ambil wudhu guna botol spray. Boleh google cara guna. Pastikan air mengalir baru sah wudhu'

Jura pun selalu spray muka sebab mengantuk dan bila rasa kulit sangat kering. 


8) Stokin tebal

Masa nak tawaf dan saie  kan,  tak boleh pakai kasut sebab kotor. Kalau selipar bersih belum guna boleh la bawak. 

Jadi kaki agak sakit kalau tak pakai stokin tebal. 

So perempuan boleh cari stokin tawaf yang best gila. Kain tebal tapi tapak lembut. Stokin macam ni pun tak licin sebab ada geseran kat bawah tu.



9) Telekung 

Jura bawa telekung 3 pasang. Tapi Jura hanya pakai waktu Subuh je.

Sebab Jura lagi suka pakai jubah dan tudung yang terus boleh bawa solat. Pastikan pakai seluar panjang dalam jubah supaya tak berbekas aurat hehe. Jangan lupa arm sock juga. 

Lagipun kalau nak pergi ziarah lagi senang pakai jubah dan tudung labuh. Lebih free to move. Tapi depends pada keselesaan masing masing.



10) Camera

Sebelum masuk Masjid Nabawi & Masjidil Haram, polis akan check dulu beg awak.

Kalau bahagian perempuan lebih strict dan selongkar bag. Pernah sekali tu saya bawa Gopro, polis minta saya tinggalkan di luar.

Nak bawa boleh tapi sorok. Bahagian lelaki lebih longgar kata suami Jura. Takde check pun.

Tips nya sebelum polis tu selongkar sila buka bag siap siap dan buat muka relaks. Haha.

InsyAllah lepas je.

Ok, itu je kot antara barang penting yang perlu bawa atau yang korang pening nak bawa atau tak.


Ada soalan boleh drop comment ya

Love,
SuperJura

Shaklee ID: 1229335
COD Kuala Berang
Postage seluruh Malaysia





Thanks for Reading! Feel free to leave comments!

0 comments:

Post a Comment